BLOG SASTERA MELAYU PRA-U

Monday 18 June 2012

GAYA BAHASA DAN FUNGSINYA


Metafora

  • Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.
  • Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
  • Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.

Ironi

  • Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya).
  • Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
  • Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula.

Paradoks

  • Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan.
  • Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.
  • Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat.

Hiperbola

  • Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
  • Fungsi : Untuk memukau pembaca.
  • Contoh : atau cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah.

Alusi

  • Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung.
  • Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Onomatopoeia

  • Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.
  • Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran.
  • Contoh : angin menderu ru ru ru.

Rima

  • Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap.
  • Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh :
        Aku telah dihimpit bising peradapan - a
        kasih dan cinta manusia - b
        yang luput - c
        ketika kau tetap abadi menatap alam - d
        menyaksi kejadian serba takjub - e
        sepi namun sentosa - b
        bahagia sekalipun purba. - b


Ritma/Irama

  • Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah.
  • Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.

Anafora

  • Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan.
  • Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh : betapa rumitnya betapa seksanya dia menunda usia.

Apifora

  • Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan.
  • Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.
Repitasi

  • Fungsi : Pengulangan perkataan di tengah baris.

Inversi

  • Pembalikan kata / ayat / rangkaikata.
  • Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi.
  • Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar).

Asonansi

  • Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.
  • Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi.
  • Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a]).

Aliterasi

  • Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.
  • Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi.
  • Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k]).

Simile

  • Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama.
  • Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.
Sinkope

  • Gaya bahasa sinkope merupakan gaya bahasa singkatan bagi sesuatu perkataan.
  • Contoh :  tak adalah tidak

Personifikasi

  • Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.
  • Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca.
  • Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru.

Citra

  • Gambaran, lukisan, arca, atau imej.
  • Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu.
  • Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara).

Perlambangan

  • Simbol yang membawa makna tertentu.
  • Fungsi : Untuk menegaskan maksud.
  • Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

Perulangan

  • Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak.
  1. Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Asonansi).
  2. Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi).
  3. Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora).       Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan.
  4. Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan
  5. Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora).      Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.
  6. Perulangan perkataan/kata di tengah baris. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.
  7. Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : aku pun terbang setelah hinggap, dan terbang lagi. Begitulah.
  8. Perulangan kata di awal baris pertama rangkap. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak. www.sibermerdeka.com.my
  9. Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak. www.sibermerdeka.com.my

Bentuk Dalam Sajak

  • Distikhon : Dua baris setiap rangkap.
  • Terzina : Tiga baris setiap rangkap.   
  • Kuatren : Empat baris setiap rangkap.
  • Kuantren : Lima baris setiap rangkap.   
  • Sestet : Enam baris setiap rangkap.
  • Septet : Tujuh baris setiap rangkap.
  • Oktaf : Lapan baris setiap rangkap.
  • Soneta : Empat belas baris setiap rangkap.

Jenis-Jenis Nada Dalam Sajak

  • Melankolik : sedih/sayu/hiba/murung/dukacita/kesal/kecewa/hampa/dll.
  • Romantis : cinta/kasih/sayang/mesra/tenang/gembira/bangga/kepuasan/damai.
  • Patriotisma : semangat cinta tanah air/negara/bangsa/menentang penjajah/penentang/penghianat bangsa.
  • Sinisma : menyindir/mengena/mengejek/memperli.
  • Protes : penentangan/perolakan/pemberontakan/tidak bersetuju.


Saturday 16 June 2012

TALIBUN


Definisi Talibun

  • Talibun atau juga dikenali sebagai sesomba adalah satu puisi yang bentuknya, rangkapnya, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dalam baris, irama, yang tidak tetap.
  • Talibun juga merupakan bentuk puisi yang terdiri daripada beberapa rangkap dan setiap baris dapat melengkapkan keseluruhan idea.
  • Ia merupakan puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara.
  • Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas).
  • Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara.

Peranan/Fungsi Talibun

  • Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara.
  • Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.  
  • Berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara.
  • Merupakan bahan penting dalam pengkaryaan cerita penglipur lara.

Ciri-ciri Talibun
  • Ia merupakan sejenis puisi bebas.
  • Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian.
  • Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci.
  • Tiada mempunyai pembayang, setiap rangkap dapat menjelaskan satu keseluruhan cerita.
  • Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
  • Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.
  • Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  • Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.

Tema Talibun

  • Mengisahkan kebesaran/kehebatan sesuatu tempat dll.
  • Mengisahkan keajaiban sesuatu benda/peristiwa.
  • Mengisahkan kehebatan/kecantikan seseorang.
  • Mengisahkan kelakuan dan sikap manusia.

Contoh Talibun

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi nampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung, Merak mengigal
Fajar sidik menyinsing naik
Kicak-kicau bunyi Murai
Taktibau melambung tinggi
Berkuku balam dihujung bendul
Terdengar puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang

(Hikayat Malim Deman)



MENTERA


Defini Mentera

  • Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.
  • Mentera juga merupakan ayat yang dibaca bagi melakukan sihir, iaitu melakukan sesuatu secara kebatinan, seperti menundukkan musuh, melemahkan musuh, atau memikat wanita.
  • Selain itu mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.
  • Antara ciri-ciri mentera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu.
  • Secara kebiasaannya, ia bersifat sihir simpati, iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar pembaca mentera tersebut dapat memiliki sifat yang sama. Sebagai contoh bacaan mentera, "....Aku bukan tepuk bantal, tetapi tepuk hatimu....." dan yang lain-lain yang seumpama dengannya.

Peranan/Fungsi Mentera

  • Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
  • Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci.
  • Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

Ciri/Bentuk Mentera

  • Ia terdiri daripada beberapa rangka yan berirama.
  • Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib.
  • Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.
  • Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi.
  • Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya .
  • Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan.

  • Dari segi bentuk :
  1.  Bentuk bebas atau tidak terikat.
  2. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap.
  3. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
  4.  Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.
  • Dari segi isi :
  1. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
  2. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan.      
  • Dari segi bahasa :
  1. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran.
  2. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora.

Jenis-Jenis Mentera

  • Mentera pakaian diri.
  • Mentera perubatan.
  • Mentera pendinding.
  • Mentera upacara tertentu.
  • Mentera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.

Contoh Mentera 

Bismi’Ilahi ’L-Rahmani’L-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh (si anu)
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .......



    
         

TEROMBA


Defini Teromba

  • Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimnya mengenai adat sebagai panduan atau amalan sesuatu masyarakat.
  • Teromba juga merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.
  • Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih.
  • Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.
  • Teromba juga dikatakan berasal daripada masyarakt Minangkabau "Tambo".

Peranan/Fungsi Teromba

  • Bagi memberi panduan dan pengajaran mengenai cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang yang dibentuk.
  • Mengekalkan norma-norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat itu sejak turun-temurun.
  • Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.
  • Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.

Ciri/Bentuk Teromba

  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat.
  • Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  • Rima akhir teromba adalah tidak tetap.
  • Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.
  • Jumlah suku kata sebaris tidak seimbang. Contoh, R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata. R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 jumlah suku kata.
  • Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa. Contoh, Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat, Rangkap 5. Hidup dikandung adat, Mati dikandung bumi, Rangkap 5.
  • Ciri dari segi isi : Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

Jenis Penulisan

  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat.
  • Rangkap teromba : Mengandungi 7 rangkap. Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  • Jumlah perkataan sebaris : Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris. Contoh, 
        Rangkap 1, baris 1 ... Tatkala.
        Rangkap 2, baris 16 ... Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas.

  • Jumlah suku kata sebaris : Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang. Contoh,
        R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata.
        R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 jumlah
        suku kata.

  • Maksud teromba : Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.

Contoh Teromba



Adopun awal tatkalo maso dulu

naik di ateh bukit bintang penjaring
berkecalang pelantak bosi
kemuntong membilang tungku
penyongek di ateh
timbal jalan simpang ompek
selilit Pulau Perca
selembang Tanah Melayu
se alam Minangkabau
se alam juo yang terbuko

air segantang selubok
selonyap bunyi malam
kok gagak dah jadi hitam
kok bangau dah jadi putih

adat tak lapuk dek hujan
tak lokang dek paneh
tak kuning dek kunyit
tak lomak dek santan
tak haus dek maso

kok dibasuh berhabis air
kok dikikis berhabis bosi

adat putih bak kapeh
hukum lombut bak air
kok panjang dikorek
kok bocor ditampal
kok tiris dibotul
kok tojun dari langit
samo-samo kita tampung
kok memancut dari bumi
samo-samo kito pijakkan
kok datang dari dopan
samo-samo kito hadang
kok datang dari belakang
samo-samo kito hambek

sebukit samo didaki
selurah samo kito turuni
ke laut samo kito ronangi

Penakik pisau seraut
ambil galah batang lentubung
seludang jadikan nyiru
nan setitik jadikan laut
nan sekopal jadikan gunung

alam terkombang jadikan guru

kok nak tahu tingginya gunung
tanyo pado onggang
kok nak tahu dalamnya lubok
tanyo pado memorang
kok nak tahu lebarnya pantai
tanyo pado seluang
kok nak tahu tobalnya hutan
tanyo pado pak bolang
kok nak tahu lebarnyo padang
tanyo pado belalang

kok nak tahu hebatnyo adat?

totak buluh dipilih-pilih
buluh ditarik jangan songsang

sungguh hebat adat perpatih
bagai bulan dipagar bintang

walaupun rumput mati terlapah
akarnyo tidak mahu tonggolam
walaupun laut menjadi marah
semangat beradat janganlah padam

kalau mencari pokok berbuah
pucuk lobek dahan berdaun
kalau mencari bangso bertuah
duduk beradat togak bersantun

muko podang belakang podang
podang berhulu gading gajah

esa hilang duo terbilang
pantang kito berpaling tadah


GURINDAM


Definisi Gurindam

  • Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris serangkap.
  • Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu.
  • Gurindam juga merasal daripada bahasa sanskrit menerusi bahasa Tamil (India) "yaitu kirindam" yang bermaksud perumpamaan.
  • Baris pertama dipanggil syarat (protatsis) dan baris kedua dipanggil jawab (apodotis).

Peranan/Fungsi Gurindam

  • Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
  • Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah ialah iman dan moral yang baik.

Ciri/Bentuk Gurindam

  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Rangkap : Mempunyai dua baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap untuk membawa makna yang lengkap.
  • Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua (jawap) pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan.   
  • Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
  • Sukukata : Jumlah sukukata juga tidak tetap.
  • Rima :  a/a;a/b atau serima (Monoryme)

Jenis-Jenis Gurindam

  • Gurindam serangkap dua baris.
  • Gurindam serangkap empat baris.
  • Gurindam bebas.

Contoh Gurindam Serangkap Dua Baris


Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.

Contoh Gurindam Serangkap Empat Baris


Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.

Contoh Gurindam Bebas


Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

Hasil Ciptaan


Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah,
Barang siapa tiada mengenal agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.











Thursday 31 May 2012

SYAIR

Definisi Syair

  • Syair merupakan sejenis puisi berlagu.
  • Syair juga merupakan sejenis puisi melayu lama yang berangkap.
  • Ia berasal dari parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan islam.

Peranan/Fungsi Syair

  • Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  • Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya.
  • Kemerduan suara "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
  • Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.

Ciri/Bentuk Syair

  • Merupakan puisi terikat
  • Syair tidak mempunyai pembayang.
  • Rangkap :  Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
  • Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris.
  • Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap antara 8-12 sukukata dalam sebaris.
  • Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap a/a/a/a
  • Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause)
  • Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.
  • Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.


Jenis-Jenis Syair

  • Syair cerita.
  • Syair nasihat.
  • Syair semangat patriotik.
  • Syair alam sekitar.
  • Syair Kiasan.
  • Syair Ilmu
  • Syair Keagamaan.
  • Syair panji.
  • Syair romantis.
  • Syair saduran.
  • Syair sejarah.


Contoh Syair

Syair Pemberontakan Patani

Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipengang itu dipohonkan.

Setelah demikian titah Betara,
Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.

Bonda Duli Mahkota Indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,
Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah Sang Nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
kepada Allah diserah semata.

Niat Laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,
Bonda yang sakit tiada dilupa,
kerana sakit berat menimpa,
Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliputi negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,
tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.


Hasil Ciptaan

Syair Alam sekitar

Bumi yang indah ciptaan tuhan,
Dipenuhi dengan pelbagai kehidupan,
Selain manusia terdapat haiwan,
Di samping juga tumbuh-tumbuhan.

Alam ini kurnian ilahi,
Kurnia yang harus kita hargai,
Hendaklah dijaga dan disayangi,
Kerosakan tiada bumi harmoni.

Hutan diteroka sesuka hati,
Sikap manusia mementingkan diri,
Tanpa dipantau dan juga awasi,
Menyebabkan alam musnahlah nanti.

Flora dan fauna ciptaan tuhan,
Tumbuh meliar menghiasi taman,
Kalau kita mahukan keamanan,
Haruslah dipelihara ke akhir zaman.

Pencemar tasik dan juga sungai,
Semakin berleluasa kebelakangan ini,
Jangan kita hanya memerhati,
Sekatlah segera bersungguh hati.


Jika bumi diinginkan sentosa,
Adakan kempen membuat jasa,
Marilah kita semua bangsa,
memulihara alam setiap masa.


Bumi kita semakin tua,
Kemusnahan alam tiada nohtahnya,
Kita manusia harus bersedia,
Menjaga alam ke arah sejahtera.


Tegur menegur setiap masa,
Kerjasama kita semasa bangsa,
Alam dianugerah untuk dijaga,
Dari pencipta kepada manusia.
















SELOKA

Definisi Seloka


  • Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.
  • Seloka juga adalah salah satu bentuk puisi Melayu Klasik disamping mantera, bidal, pantun, gurindam, atau syair.
  • Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu "shloka".

Peranan/Fungsi Seloka

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.

Ciri/Bentuk Seloka

  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
  • Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Sukukata : Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

Contoh Seloka

Seloka Pak kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.





Hasil Ciptaan




Seloka Anak Dan Ibu


Wahai anak,
Sembilan bulan kau dikandung,
Dikandung pula ke sana ke mari,
Tanpa mengenal erti jemu,
Cukup masa kau dilahirkan,
Diberi nama yang cukup indah,
Semasa kecil dijaga dengan baik,
Tanpa sebarang rungutan, 
Diberi pula pelbagai didikan ilmu,
Walaupun tiada ayah membantu;
Namun malang tidak berbau,
Apabila besar kau menderhakai ibu,
Kau pergi membawa diri,
Bersama isteri kau sayangi,
Kau pergi tanpa sebarang khabar,
meninggalkan ibu tunggalmu,
Hidup sebatang kara.