Defini Mentera
- Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.
- Mentera juga merupakan ayat yang dibaca bagi melakukan sihir, iaitu melakukan sesuatu secara kebatinan, seperti menundukkan musuh, melemahkan musuh, atau memikat wanita.
- Selain itu mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.
- Antara ciri-ciri mentera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu.
- Secara kebiasaannya, ia bersifat sihir simpati, iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar pembaca mentera tersebut dapat memiliki sifat yang sama. Sebagai contoh bacaan mentera, "....Aku bukan tepuk bantal, tetapi tepuk hatimu....." dan yang lain-lain yang seumpama dengannya.
Peranan/Fungsi Mentera
- Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
- Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci.
- Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.
Ciri/Bentuk Mentera
- Ia terdiri daripada beberapa rangka yan berirama.
- Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib.
- Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.
- Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi.
- Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya .
- Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan.
- Dari segi bentuk :
- Bentuk bebas atau tidak terikat.
- Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap.
- Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
- Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.
- Dari segi isi :
- Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
- Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan.
- Dari segi bahasa :
- Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran.
- Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora.
Jenis-Jenis Mentera
- Mentera pakaian diri.
- Mentera perubatan.
- Mentera pendinding.
- Mentera upacara tertentu.
- Mentera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.
Contoh Mentera
Bismi’Ilahi ’L-Rahmani’L-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh (si anu)
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .......
No comments:
Post a Comment