BLOG SASTERA MELAYU PRA-U

Saturday, 16 June 2012

TEROMBA


Defini Teromba

  • Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimnya mengenai adat sebagai panduan atau amalan sesuatu masyarakat.
  • Teromba juga merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.
  • Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih.
  • Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.
  • Teromba juga dikatakan berasal daripada masyarakt Minangkabau "Tambo".

Peranan/Fungsi Teromba

  • Bagi memberi panduan dan pengajaran mengenai cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang yang dibentuk.
  • Mengekalkan norma-norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat itu sejak turun-temurun.
  • Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.
  • Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.

Ciri/Bentuk Teromba

  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat.
  • Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  • Rima akhir teromba adalah tidak tetap.
  • Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris.
  • Jumlah suku kata sebaris tidak seimbang. Contoh, R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata. R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 jumlah suku kata.
  • Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa. Contoh, Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat, Rangkap 5. Hidup dikandung adat, Mati dikandung bumi, Rangkap 5.
  • Ciri dari segi isi : Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

Jenis Penulisan

  • Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat.
  • Rangkap teromba : Mengandungi 7 rangkap. Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi 14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam 7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  • Jumlah perkataan sebaris : Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris. Contoh, 
        Rangkap 1, baris 1 ... Tatkala.
        Rangkap 2, baris 16 ... Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas.

  • Jumlah suku kata sebaris : Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang. Contoh,
        R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata.
        R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 jumlah
        suku kata.

  • Maksud teromba : Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.

Contoh Teromba



Adopun awal tatkalo maso dulu

naik di ateh bukit bintang penjaring
berkecalang pelantak bosi
kemuntong membilang tungku
penyongek di ateh
timbal jalan simpang ompek
selilit Pulau Perca
selembang Tanah Melayu
se alam Minangkabau
se alam juo yang terbuko

air segantang selubok
selonyap bunyi malam
kok gagak dah jadi hitam
kok bangau dah jadi putih

adat tak lapuk dek hujan
tak lokang dek paneh
tak kuning dek kunyit
tak lomak dek santan
tak haus dek maso

kok dibasuh berhabis air
kok dikikis berhabis bosi

adat putih bak kapeh
hukum lombut bak air
kok panjang dikorek
kok bocor ditampal
kok tiris dibotul
kok tojun dari langit
samo-samo kita tampung
kok memancut dari bumi
samo-samo kito pijakkan
kok datang dari dopan
samo-samo kito hadang
kok datang dari belakang
samo-samo kito hambek

sebukit samo didaki
selurah samo kito turuni
ke laut samo kito ronangi

Penakik pisau seraut
ambil galah batang lentubung
seludang jadikan nyiru
nan setitik jadikan laut
nan sekopal jadikan gunung

alam terkombang jadikan guru

kok nak tahu tingginya gunung
tanyo pado onggang
kok nak tahu dalamnya lubok
tanyo pado memorang
kok nak tahu lebarnya pantai
tanyo pado seluang
kok nak tahu tobalnya hutan
tanyo pado pak bolang
kok nak tahu lebarnyo padang
tanyo pado belalang

kok nak tahu hebatnyo adat?

totak buluh dipilih-pilih
buluh ditarik jangan songsang

sungguh hebat adat perpatih
bagai bulan dipagar bintang

walaupun rumput mati terlapah
akarnyo tidak mahu tonggolam
walaupun laut menjadi marah
semangat beradat janganlah padam

kalau mencari pokok berbuah
pucuk lobek dahan berdaun
kalau mencari bangso bertuah
duduk beradat togak bersantun

muko podang belakang podang
podang berhulu gading gajah

esa hilang duo terbilang
pantang kito berpaling tadah


No comments:

Post a Comment