BLOG SASTERA MELAYU PRA-U

Monday, 18 June 2012

GAYA BAHASA DAN FUNGSINYA


Metafora

  • Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.
  • Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
  • Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.

Ironi

  • Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya).
  • Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
  • Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula.

Paradoks

  • Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan.
  • Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.
  • Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat.

Hiperbola

  • Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
  • Fungsi : Untuk memukau pembaca.
  • Contoh : atau cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah.

Alusi

  • Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung.
  • Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Onomatopoeia

  • Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.
  • Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran.
  • Contoh : angin menderu ru ru ru.

Rima

  • Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap.
  • Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh :
        Aku telah dihimpit bising peradapan - a
        kasih dan cinta manusia - b
        yang luput - c
        ketika kau tetap abadi menatap alam - d
        menyaksi kejadian serba takjub - e
        sepi namun sentosa - b
        bahagia sekalipun purba. - b


Ritma/Irama

  • Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah.
  • Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.

Anafora

  • Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan.
  • Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh : betapa rumitnya betapa seksanya dia menunda usia.

Apifora

  • Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan.
  • Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.
Repitasi

  • Fungsi : Pengulangan perkataan di tengah baris.

Inversi

  • Pembalikan kata / ayat / rangkaikata.
  • Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi.
  • Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar).

Asonansi

  • Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.
  • Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi.
  • Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a]).

Aliterasi

  • Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.
  • Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi.
  • Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k]).

Simile

  • Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama.
  • Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama.
  • Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.
Sinkope

  • Gaya bahasa sinkope merupakan gaya bahasa singkatan bagi sesuatu perkataan.
  • Contoh :  tak adalah tidak

Personifikasi

  • Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.
  • Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca.
  • Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru.

Citra

  • Gambaran, lukisan, arca, atau imej.
  • Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu.
  • Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara).

Perlambangan

  • Simbol yang membawa makna tertentu.
  • Fungsi : Untuk menegaskan maksud.
  • Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

Perulangan

  • Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak.
  1. Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Asonansi).
  2. Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi).
  3. Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora).       Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan.
  4. Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan
  5. Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora).      Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.
  6. Perulangan perkataan/kata di tengah baris. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah.
  7. Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : aku pun terbang setelah hinggap, dan terbang lagi. Begitulah.
  8. Perulangan kata di awal baris pertama rangkap. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak. www.sibermerdeka.com.my
  9. Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud. Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak. www.sibermerdeka.com.my

Bentuk Dalam Sajak

  • Distikhon : Dua baris setiap rangkap.
  • Terzina : Tiga baris setiap rangkap.   
  • Kuatren : Empat baris setiap rangkap.
  • Kuantren : Lima baris setiap rangkap.   
  • Sestet : Enam baris setiap rangkap.
  • Septet : Tujuh baris setiap rangkap.
  • Oktaf : Lapan baris setiap rangkap.
  • Soneta : Empat belas baris setiap rangkap.

Jenis-Jenis Nada Dalam Sajak

  • Melankolik : sedih/sayu/hiba/murung/dukacita/kesal/kecewa/hampa/dll.
  • Romantis : cinta/kasih/sayang/mesra/tenang/gembira/bangga/kepuasan/damai.
  • Patriotisma : semangat cinta tanah air/negara/bangsa/menentang penjajah/penentang/penghianat bangsa.
  • Sinisma : menyindir/mengena/mengejek/memperli.
  • Protes : penentangan/perolakan/pemberontakan/tidak bersetuju.


103 comments:

  1. thanks skrg saya dah tau makna2 setiap gaya bahasa

    ReplyDelete
  2. Terima kasih , ini dapat membantu saya menjawab peperiksaan pertengahan tahun yang akan datang tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  3. Ikan Siakap Ikan Yu~~~Terima Kasih,Thank U~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...macam mana keadaan anda pada tahun 2021? banyak cabaran kan

      Delete
  4. Saya Baca Artikel Ini Siang Dan Malam, Dan Saya Hampir Menangis.....TERIMA KASIH @_@

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana membuat artikel seperti ini. Saya harap agar artikel ini dapat membantu saya dan kawan-kawan saya iaitu Pirewinthiren Manoharen dan Megat Iskandar dalam peperiksaan yang akan datang. Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa tuan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Sayang nurin nasuha dgn asimah asil.....Cho Cwet~~~~

    ReplyDelete
  7. Semua baca time mei ngan september and here I am,reading it one day before le exam

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.... Sgt membantu. Terima kasih!!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. 1) Dengarkan tuan suatu riwayat
    2) Beberapa bulan beberapa hari
    3) Baginda meninggalkan takhta kerajaan
    4) Datanglah menyampar suaranya bahana
    5) Mendengar gempar seperti perang

    YANG INI SEMUA GAYA BAHASA APA ?
    TOLONG BAGITAHU PLS

    ReplyDelete
  11. saya mintak izin 'copy' ye,,nk buat assigment bm,xie xie
    May Allah bless u

    ReplyDelete
  12. i really need to copy this,but why i cant copy it? please fix it. i really need it :')

    ReplyDelete
  13. i really need to copy this,but why i cant copy it? please fix it. i really need it :')

    ReplyDelete
  14. Thank you.Good information.I am exam today for BM and MT.I hope all of you pray for all student include me to get straight A.Insya Allah.
    #pt3

    ReplyDelete
  15. Kenapa tak boleh copy!! TT

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam. Terima kasih atas perkongsian ilmu ni..

    ReplyDelete
  19. Setelah lama mencari maksud, akhirnya jumpa juga..terima kasih buat artikel ni

    ReplyDelete
  20. trima kasih akhirnya dpt cri jga

    ReplyDelete
  21. selamat pagi, bolehkan saya tahu buku apa yang digunakan ini? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  22. terima kasih ilmu yang dikongsi.....

    ReplyDelete
  23. terima kasih kerana berkongsi ilmu....
    sila lawat laman saya

    kesusasteraanmelayu1418.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Terima kasih, sngt membantu

    ReplyDelete
  25. Bagaimana dengan maksud dan fungsi bagi gaya bahasa peribahasa?

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Wau tq belajar rini tambah ilmu haha

    ReplyDelete
  28. thanks sbb masukkan information yg berguna sgt.skrg bru sy phm tntg gaya bahasa..

    ReplyDelete
  29. thank sebab mempermudahkan saya mengulangkaji

    ReplyDelete
  30. Terima kasih moga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan

    ReplyDelete
  31. It's really nice... Untuk mengenalkan setiap jenis gaya bahasa

    ReplyDelete
  32. mungkin boleh saya dapatkan senarai ni semua sekali? mohon kemurahan hati penulis bagi memudahkan semua pengguna memahirkan penggunaan Bahasa Melayu

    ReplyDelete
  33. Tq sgt membantu senang dan mudah faham

    ReplyDelete
  34. Kenape takde kesan penggunaan sinkope ni??

    ReplyDelete
  35. Siapa di sini untuk buat ulang kaji untuk spm?

    Sepatutnya spm pada November 2020 tapi pkp jadi tukar p 22 February :)

    ReplyDelete
  36. Esok SPM kesusasteraan Melayu , hari ni baharu nak belajar . 😂

    ReplyDelete
  37. Nak tanya, adalah ayat 'sampai besok pagi pun belum tentu habis' bersifat ironi.

    ReplyDelete
  38. bahasa klasik dikira sebagai gaya bahasa jugak ke?

    ReplyDelete
  39. Di bawah pasir atas kayu,
    Terima kasih I love you.

    Wkwwkkwkkwwkwkkw@_@

    ReplyDelete
  40. Makan nasi sama ayu
    Terima kasih thankyou

    ReplyDelete
  41. Pada bulan julai dalam rangkai kata

    ReplyDelete
  42. kalau kata ganda apa maksudnya?

    ReplyDelete
  43. Wow best semua ada pening aku dgn ayat2 ni semua nk cari part ironi je xboleh nak faham kadang2 baca maksud pon xboleh nak faham , kene orang terangkan kkt hahaha

    ReplyDelete
  44. terima kasih atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  45. Literasi dengan aliterasi sama ka ?

    ReplyDelete