BLOG SASTERA MELAYU PRA-U

Saturday 16 June 2012

GURINDAM


Definisi Gurindam

  • Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris serangkap.
  • Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu.
  • Gurindam juga merasal daripada bahasa sanskrit menerusi bahasa Tamil (India) "yaitu kirindam" yang bermaksud perumpamaan.
  • Baris pertama dipanggil syarat (protatsis) dan baris kedua dipanggil jawab (apodotis).

Peranan/Fungsi Gurindam

  • Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
  • Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah ialah iman dan moral yang baik.

Ciri/Bentuk Gurindam

  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Rangkap : Mempunyai dua baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap untuk membawa makna yang lengkap.
  • Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua (jawap) pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan.   
  • Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
  • Sukukata : Jumlah sukukata juga tidak tetap.
  • Rima :  a/a;a/b atau serima (Monoryme)

Jenis-Jenis Gurindam

  • Gurindam serangkap dua baris.
  • Gurindam serangkap empat baris.
  • Gurindam bebas.

Contoh Gurindam Serangkap Dua Baris


Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.

Contoh Gurindam Serangkap Empat Baris


Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.

Contoh Gurindam Bebas


Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

Hasil Ciptaan


Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah,
Barang siapa tiada mengenal agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.











4 comments: